BANGUNKAN FIRMANYA DALAM KEHIDUPANMU



Bangunkan Firman-Nya Dalam Kehidupan Kamu
Pada tahun pertama kerajaanya itu aku, Daniel, memperhatikan dalam kumpulan Kitab jumlah tahun yang menurut firman Tuhan kepada nabi Yeremia akan berlaku ke atas timbunan puing Yerusalem, selama tujuh puluh tahun. Lalu aku mengarahkan mukaku kepada Tuhan Bapa, untuk berdoa dan bermohon, sambil berpuasa dan mengenakan kain kabung serta abu (Daniel 9: 2-3).
Dalam ayat injil di atas, Daniel sedang berdoa tentang penyelamatan Israel. Dia telah membaca dalam buku Yeremia bahawa penyelamatan mereka akan tiba selepas tujuh puluh tahun dalam pembuangan, dan ketika dia megkajinya, dia sedar yang masa itu telah tiba. Walaupun ia adalah masa bagi orang Israel yang sudah berada dalam tawanan selama beberapa tahun untuk menjadi bebas, Daniel tahu bahawa dia masih perlu berdoa.
Apabila Daniel berdoa, Tuhan mengutuskan Malaikat Mikhael untuk mengalahkan Persia. Persia perlu dikalahkan dahulu sebelum orang Israel boleh menjadi bebas daripada tawanan. Daniel tidak mengambil risiko-risiko; dia berkata, “Lalu aku mengarahkan mukaku kepada Tuhan Bapa, untuk berdoa dan bermohon, sambil berpuasa dan mengenakan kain kabung serta abu.”
Dia boleh berkata, “Oleh kerana Tuhan telah mengatakan bahawa anak-anak-Nya akan bebas selepas tujuh puluh tahun daripada tawanan, maka aku tidak perlu risau; Aku akan menunggu Dia untuk melakukan apa yang Dia telah katakan.” Tidak; Daniel lebih bijak daripada itu! Dia tidak sahaja berdoa kepada Tuhan, malah dia berpuasa juga. Dia bertekad untuk melihat kata-kata nubuatan daripada Tuhan itu berlaku. Sungguh berinspirasi perkara ini!
Hal ini membuatkan kamu tahu bahawa hanya kerana Tuhan mengatakan sesuatu akan terjadi dalam kehidupan kamu, ia tidak bermakna yang ia akan berlaku jika kamu tidak melakukan sesuatu mengenainya. Kamu perlu membangunkan Firman-Nya dalam kehidupan kamu; kamu perlu bertindak mengikut Firman-Nya. Apa nubuatan atau kata-kata daripada Roh yang telah kamu terima mengenai kesihatan kamu, perniagaan, akademik, kewangan, keluarga, pekerjaan, atau masa depan kamu? Jangan hanya duduk berdiam diri dan berkata, “Jika Tuhan mengatakan bahawa ia akan berlaku, maka ia akan berlaku!” Ia tidak berfungsi sebegitu. Kamu memainkan satu peranan dalam menghasilkan buah daripada Firman-Nya mengenai kamu.
Mazmur 119:89 memberitahu kita bahawa Firman Tuhan kekal teguh di syurga; walau bagaimanapun, ia adalah tanggungjawab kamu untuk menubuhkan atau membangunkan Firman di dalam kehidupan kamu, iaitu dengan bertindak mengikutnya; lakukanlah apa yang ia katakan. Bertindaklah ke atas pengetahuan Firman Tuhan yang telah datang kepada kamu, dan iman kamu akan menang.

Comments

Popular posts from this blog

MAKNA KATA "KEBENARAN" MENURUT ALKITAB

Cara Menghadapi Bullying

DOA YANG BAIK AKAN DIDENGARKAN TUHAN