BANGUNKAN FIRMANYA DALAM KEHIDUPANMU
Bangunkan Firman-Nya Dalam Kehidupan Kamu Pada tahun pertama kerajaanya itu aku, Daniel, memperhatikan dalam kumpulan Kitab jumlah tahun yang menurut firman Tuhan kepada nabi Yeremia akan berlaku ke atas timbunan puing Yerusalem, selama tujuh puluh tahun. Lalu aku mengarahkan mukaku kepada Tuhan Bapa, untuk berdoa dan bermohon, sambil berpuasa dan mengenakan kain kabung serta abu (Daniel 9: 2-3). Dalam ayat injil di atas, Daniel sedang berdoa tentang penyelamatan Israel. Dia telah membaca dalam buku Yeremia bahawa penyelamatan mereka akan tiba selepas tujuh puluh tahun dalam pembuangan, dan ketika dia megkajinya, dia sedar yang masa itu telah tiba. Walaupun ia adalah masa bagi orang Israel yang sudah berada dalam tawanan selama beberapa tahun untuk menjadi bebas, Daniel tahu bahawa dia masih perlu berdoa. Apabila Daniel berdoa, Tuhan mengutuskan Malaikat Mikhael untuk mengalahkan Persia. Persia perlu dikalahkan dahulu sebelum orang Israel boleh menjadi bebas daripada tawa